Isnin, 30 Januari 2012

::BIAR KU TERUS DIAM::


Tatkala jatuh cinta pada seseorang, ikatlah hatimu dengan seerat-eratnya. Simpulkanlah ia dengan simpulan mati yang hanya dapat dibuka saat waktunya tiba.Sebelum mengorak langkah lebih jauh dengannya, cukuplah cintai ia dalam diam.
Kerana diammu adalah bukti cintamu padanya. Kamu ingin memuliakannya, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan terlarang. Kamu enggan mengaibkannya, dengan tidak mengajaknya berdua-duaan. 
Kerana diammu meletakkan sifat malunya di tempat yang sebetulnya, kerana malu itu penanda aras keimanan di hatinya.
Kerana diammu menjaga kesucian dan ketenangan hatinya, menghindar dirinya daripada perkara-perkara yang merosakkan izzah dan iffahnya.Sebelum memulakan sesuatu yang terlarang, cukuplah sekadar mencintai ia dalam diam.
Kerana diammu adalah petanda keikhlasanmu kepadanya. Kamu tidak ingin ia memilihmu lewat rupa parasmu atau manis ayatmu, sebaliknya kerana tulus hatimu.Kerana diammu adalah keadilanmu. Kamu mana mungkin melanggar hak-hak walinya yang terlebih dahulu mencintai ia tanpa balasan dan alasan.Kerana diammu adalah kekuatanmu yang menguatkan dia. Kamu tidak akan sekali-kali mencari dan menggali titik-titik kelemahan yang ada di hatinya sehingga ia tersungkur dicedera rindu.Kerana diammu adalah……. Kekuatannya! 
Masih ingatkah kamu akan kisah cinta Fatimah dan Ali? Kedua-dua mereka saling memendam perasaan yang mereka rasakan antara satu sama lain, dan akhirnya, mereka dipertemukan dalam syurga cinta dunia nan suci dan indah.
Boleh jadi orang yang kamu cintai itu juga adalah orang yang telah ditentukan oleh Allah SWT untukmu. Kerana dalam diammu, tersimpannya kekuatan harapan, yang menyalakan keinginanmu, dan memungkinkan Allah SWT memenuhi harapanmu sehingga ianya dapat berbicara di dunia nyata.
Bukankah Allah SWT itu Maha Hidup lagi Maha Mendengar? Sesungguhnya Allah SWT itu malu. Dia malu apabila seseorang hambaNya mengharap kepadaNya, lalu Dia menghampakannya dan meninggalkannya dalam kerugian. 
Tapi kiranya kamu telah berusaha berharap sepenuh hati, namun jika dia memang bukan milikmu, moga Allah SWT, merentasi batas-batas waktu, menghilangkan ‘cinta dalam diammu’ itu dan menggantikannya dengan rasa yang lebih indah, pada orang yang tepat.
Biarkan cinta dalam diammu itu menjadi memori tersendiri di sudut hatimu yang menjadi rahsia antara dirimu dengan Sang Kekasih Agung! Kerana diammu tanda tunduknya hatimu pada Sang Kekasih Agung. Sedangkan ikatan rumah tangga yang dimulai tanpa rasa tunduk dan patuh pada syariatNya tidak mungkin diredhaiNya. Dan tidak mungkin akan melahirkan generasi umat yang tunduk patuh padaNya.
Kerana diammu adalah bukti cintamu yang agung!




 
“Wahai Allah, jadikanlah kami orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan jadikanlah di antara anak-anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya kepadaMu sahaja kami meminta dan bergantung harap. Perkenankanlah harapan kami Ya Allah

Ahad, 29 Januari 2012

::AKU MAHU TERBANG::



aku mahu terbang??...
sebenarnya ini tajuk cerekarama tv3 yang buat aq terkaku n terpaku dpn tv krna jln ceritanya yg sangat menarik...drama ini berjaya menitiskan air mata ku yang sememangnya sangat susah untuk dititiskan...=p

mengisahkan tentang seorang kanak-kanak bernama Rezki yang mengejar impian dan cita-citanya ingin menjadi seorang juruterbang. Rezki, 12 tahun, dibesarkan dalam keluarga penoreh getah yang serba kekurangan dan hanya bergantung harap kepada ibu serta abangnya iaitu Mak Hanun dan Syukur.

Suatu hari, sebuah syarikat penerbangan swasta Kaze Tech Sdn Bhd menganjurkan Karnival Kerjaya untuk tujuan mendedahkan kerjaya juruterbang kepada penduduk Felda. Rezki berjanji akan membawa ibu dan abangnya melihat tempat dia belajar. Malangnya sebelum peperiksaan bermula, dia menerima berita mengejutkan mengenai ibu dan abangnya yang meninggal dunia akibat kemalangan.

begitulah serba sedikit tentang drama ini..

so,moral of the story JANGAN PERNAH BERPUTUS ASA!!!...



rezki remaja (syafie naswip)
syafieq shazwan,rezki smsa kecil (suka tgk budak ne berlakon)



  • kalau mahu berjaya dlm hidup jgn pernah kenal erti PUTUS ASA...bukan susah untuk susah,bukan senang untuk senang..
  • Taatkala kita sedang meniti kejayaan,KELUARGA adalah tungak utama seseorang individu untuk mencapai kejayaan.....
  • perlu bersemangat untuk mencapai CITA-CITA..birpun banyak dugaan yang menghalang, halungi la ia dengan tenang...
  • SAHABAT yang baik adalah sahabat yang sentiasa menberi dorongan dan sokongan tidak kira apapun yang akan terjadi kepadanya.




  • Jumaat, 20 Januari 2012

    al-fatiha buat izwan pilus

    gambar terakhir beliau di laman sosialnya facebook



    okey, aq sgt2x minat ngan izwan pilus ne..!!(serius)
    berita yg aq dengar td btl2x buat aku....
    terkedu hampir beberapa minit kerana tidak percaya  akan  berita yg disampaikan  oleh teman2x fb dan twitter ku..aq juga terkilan krna x pernah berjumpa secara dekat dengan dia sekali pun...
    hanya pernah menonton persembahanya dr jauh...=(

    kenapa??dia sakit apa??
    persoalan itu yg bermain di kepala ku taatkala aq membaca berita tersebut...
    apa yang aq tahu...
     Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhirnya pukul 6.15 petang tadi di Hospital Ampang  akibat jangkitan kuman pada paru-paru , yang mana berita itu  telah disahkan di twitter adiknya aril af...




    lagu yg WAJIB aq dengar sebelum aq tidur...
    aq x pernah jemu dengan lagu ne...
    lagu yg membuai aq ke mimpi indah ku...

    semoga indah lelapmu disana izwan pilus...
    al-fatihah buatmu...
    semoga rohmu di cucuri rahmat..
    dan
    ditempatkan di kalangan org2 yg soleh..
    dan,
    salam takziah buat ahli keluargamu...







    Khamis, 19 Januari 2012

    saya jatuh cinta dengan sahabat saya!!

    SAHABAT vs CINTA
    bolehkah kita mendalami maksud disebalik sahabat dan cinta??
    adakah perlu korbankan persahabatan demi cinta....
    atau 
    korbankan cinta demi persahabatan??
    kenapa perlu ada perasaan seperti ini??
    jawapan aku....
    aku sanggup korban kan persahabatan demi cinta...
    KENAPA????
    aku tak sanggup memendam rasa ini...
    aku tak rela tiap kali melihat kau jalan beriringan dengan 'si dia'
    aku sudah tak sanggup mendengar cerita tentang 'si dia' dari mulutmu...
    dan,
    aku tak sanggup memendam rasa ini lagi....

    aku sdh tidak berdaya menipu diri ini lagi...
    kubiarkan kau pergi....
    ku korbankan persahabatan kita...
    demi cinta
    ku diamkan diri tanpa berita...
    ku cuba padam kau dari ingatan...
    ku buang memori ketika kita bersama...
    dan,
    kubiarkan kau sendiri ketika kau ditimpa masalah...

    aku kejam!!!...


    p/s:ini bukan kisah saya yew...=p